Ijazah bermaksud pengiktirafan daripada seorang guru yang membenarkan bagi seorang murid mendapat pengiktirafan bahawasanya dia telah membaca seluruh Al-Quran samada dengan melihat atau tanpa melihat mashaf berserta tajwid dengan teliti pada satu riwayat atau riwayat-riwayat yang hendak diiktiraf. Dengan pengiktirafan ini, murid tersebut menjadi seorang yang bersambung sanadnya kepada Nabi Muhammad SAW, serta termasuk di dalam senarai mereka yang mempelajari kitab Allah Taala dengan sanad yang bersambung kepada Nabi SAW.
1. Program ini dikelolakan oleh sekumpulan guru yang berpengalaman luas dalam mengajar dan menghafal Al-Quran.
2. Pelajar akan mendalami makhraj huruf, sifat-sifat huruf dan mahir membaca Al-Quran secara bertajwid.
3. Pelajar akan didedahkan cara menyebut huruf arab dengan betul, sebelum belajar membaca Al-Quran.
Program ini dijalankan bertujuan untuk menghafal al quran serta menyebut huruf/ bacaan yang betul dan menjaga hukum-hukumnya dengan teliti di dalam ilmu waqaf dan ibtida’. Program ini mengajak golongan yang berminat untuk menghafal al quran sepenuhnya melalui :
1. Kaedah yang telah ditetapkan dari pihak Akademi Imtiaz.
2. Kaedah yang tidak ditetapkan iaitu mereka yang mahu menghafal setengah daripada surah-surah al quran. Kaedah jenis ini adalah pilihan dari pihak Akademi Imtiaz hanya meletakkan jadual yang sesuai mengikut pilihan pelajar.
Dalam program ini, pelajar akan didedahkan tentang bagaimana cara/ kaedah yang berkesan untuk menghafal, bagaimana cara untuk mengulangi bacaan lama dan seterusnya bagaimana untuk menjaga apa yang telah di hafalnya.

Program ini dijalankan oleh beberapa guru yang telah memperoleh ijazah di dalam bidang Al-Quran dan mempunyai kepakaran di dalam bidang ini. Pelajar akan mempelajari hukum hakam tajwid dan tilawah secara :
1. Pelajar akan berusaha untuk memperhalusi hukum tajwid secara amali dan guru akan memperbetulkan kesalahannya.
2. Pelajar hendaklah memperbaguskan tarannum dengan Al-Quran, menjiwai maknanya dan memahami isi dan maksudnya sebagaimana ia diturunkan.
Program Tamhidi adalah penting bagi pelajar baru (Tahap Rendah) :
1. Program belajar membaca huruf-huruf dan kata-kata Arab
2. Program belajar makhraj huruf arab dan sifatnya
Kurikulum Pengajian :
Buku Nur Al-Bayan (Kaedah asas membaca dan kaedah membaca Al-Quran dengan baik)