SEKOLAH RENDAH

Matlamat

Sekolah Tinta menawarkan pakej pendidikan yang menggabungkan idea, teknologi dan inovasi beraspirasikan kepada pendidikan STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik) serta pembangunan modal insan melalui penerapan nilai-nilai Islam kepada para pelajarnya. Pelaksanaan STEM dibuat melalui beberapa program yang disusun secara rapi bagi memberikan pendedahan secukupnya kepada para pelajar untuk mereka mengeksplorasi idea dan memperkembangkan ilmu mereka agar dapat diaplikasikan kepada dunia sebenar. Perbezaan yang memberikan Sekolah Tinta kelainan daripada taman ilmu yang lain adalah daripada sudut pendekatan yang menggabungkan banyak elemen praktikal dan pembelajaran yang aktif di dalam atau di luar kelas.

Konsep

Berinspirasikan dengan semangat “Eksplorasi Idea”, Sekolah Tinta menyediakan pengalaman baru dalam dunia persekolahan anak-anak, namun kami masih mengekalkan penggunaan silibus pembelajaran Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) sama seperti silibus pembelajaran di sekolah kerajaan untuk Tahun Satu hingga ke Tahun Enam. Oleh itu, ibu bapa tidak perlu khuatir kerana sekolah Tinta masih berada di bawah kurikulum yang sama dan mengikuti standard peperiksaan seperti yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Mata Pelajaran

Tahun 1 ( Darjah 1-3 )

  1. Bahasa Melayu
  2. Bahasa Inggeris
  3. Matematik
  4. Sains
  5. Sains Komputer
  6. Pendidikan Seni
  7. Pendidikan Jasmani & Kesihatan
  8. Pendidikan Agama Islam
  9. STEM
  10. Bahasa Arab
  11. Jawi

Tahun 2 ( Darjah 4-6 )

  1. Bahasa Melayu
  2. Bahasa Inggeris
  3. Matematik
  4. Sains
  5. Sains Komputer
  6. Pendidikan Seni
  7. Pendidikan Jasmani & Kesihatan
  8. Pendidikan Agama Islam
  9. STEM
  10. Bahasa Arab
  11. Jawi
  12. Sejarah

 

cartsini
My Account

Login/Register to discover new experience!

Login/Register
Notification

No notification found.

More

Join Us Invite Friends Privacy & Policy Terms & Services
FAQ/Help Feedback Contact Us