Penubuhan Sekolah Menengah Tinta bertujuan membentuk IMPIAN kepada generasi muda sebagai pelapis kepada kepimpinan negara, pencetus kepada hasil reka cipta yang kreatif dan menjadi perintis dalam pembangunan sektor teknologi, pembuatan dan perkhidmatan dalam negara. Ia selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara dan keperluan dalam Revolusi Industri 4.0.
Sekolah Menengah Tinta menggunakan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) bermula daripada tingkatan 1 hingga tingkatan 5. Bagi mencapai matlamat dan objektif KSSM, pedagogi di Sekolah Tinta menekankan kepada pembelajaran secara mendalam melalui pendekatan pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang berasaskan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Fokus diberikan kepada pembelajaran berasaskan inkuiri, penyelesaian masalah, pembelajaran kontekstual, pembelajaran kolaboratif, pembelajaran berasaskan projek dan pendekatan STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik).
MENENGAH RENDAH
TINGKATAN 1 -3 “REALISASI IDEA”
MENENGAH ATAS
MENENGAH ATAS